RM200,000 Untuk Azizulhasni Bina Laluan Ke Sukan Asia 2026

RM200,000 Untuk Azizulhasni Bina Laluan Ke Sukan Asia 2026

KUALA LUMPUR, 20 April 2025 — Atlet berbasikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerima geran individu bernilai RM200,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan bagi menyokong misi kelayakannya ke Sukan Asia 2026.

Menteri Hannah Yeoh berkata, geran itu akan menampung keperluan menyeluruh termasuk jurulatih, latihan berprestasi tinggi, pertandingan, peralatan, rawatan perubatan serta sokongan sains sukan.

Menurut beliau, pemilihan pemberian geran dibuat secara teliti dan melihat kepada kredibiliti atlet, dengan Azizulhasni disifatkan sebagai individu yang menunjukkan profesionalisme luar biasa.

“Saya yakin beliau akan menggunakan dana ini secara optimum. Kita mahu beliau layak dan mencabar pingat di Aichi-Nagoya nanti,” katanya dalam sidang media hari ini.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )