RM6.9 bilion wang tak dituntut, semak atas talian tahun depan – MOF

RM6.9 bilion wang tak dituntut, semak atas talian tahun depan – MOF

KUALA LUMPUR,. Sebanyak RM10.826 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) telah diserahkan oleh pelbagai entiti kepada Jabatan Akauntan Negara (JANM) sehingga 31 Oktober tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM2.085 bilion telah dibayar balik, RM1.8 bilion telah dikreditkan dalam pindahan hasil kerana tidak dituntut dalam tempoh 15 tahun sekali gus menjadikan jumlah semasa dalam akaun amanah WTD adalah RM6.932 bilion.

Jelasnya, Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah mewujudkan sistem semakan atas talian bagi memudahkan rakyat Malaysia yang mana ia dijangka boleh diakses selewat-lewatnya awal tahun depan.

“Pihak JANM telah membangunkan perisian supaya kita boleh akses secara atas talian. Data telah dimuat naik dan sekarang kita tengah buat ‘stress test’ supaya apabila kita buka kepada umum, orang ramai akses dan sistem tersebut tidak lumpuh.
“Kita harap hujung tahun ini atau awal tahun depan ia akan dapat memudahkan rakyat Malaysia untuk akses dan tahu berapa banyak yang tinggal (tidak dituntut) dan kemudian pergi membuat tuntutan,” katanya semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 atau Belanjawan 2020 bagi Kementerian Kewangan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Selain isu akses kepada nilai WTD, Amiruddin memaklumkan bahawa isu logistik juga antara masalah yang dihadapi rakyat ketika membuat tuntutan WTD.

Mengikut rekod Kementerian Kewangan, bagi tempoh sama tahun lalu sebanyak RM9.974 bilion WTD diserahkan dengan RM1.875 bilion telah dibayar balik, RM1.6 bilion telah dikreditkan dalam pindahan hasil kerana tidak dituntut dalam tempoh 15 tahun menjadikan jumlah semasa akaun tersebut berjumlah RM6.495 bilion.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)