
Rock Warrior Music Festival ditanggunhkan disebabkan faktor cuaca
Acara Rock Warrior Music Festival yang sepatutnya diadakan pada 23 dan 24 November ini akan ditunda ke tarikh baru pada Mei 2025.
Penganjur Datuk Eddy Amir Salim dari Rumah Produksi Merah Sdn Bhd berkata, mereka terpaksa menunda acara tersebut kerana ramalan cuaca menunjukkan kemungkinan hujan lebat dan risiko banjir.
Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan bahawa Monsun Timur Laut dijangka akan bermula pada awal November 2024 dan akan berlanjutan sehingga Mac 2025.
Sebagai penganjur, keselamatan peminat dan kelancaran festival adalah perkara yang paling penting bagi kami. Selain itu, kami juga ingin menjaga perasaan masyarakat, terutama mereka yang terjejas akibat bencana banjir,” katanya.
Eddy Amir berkata, penjadualan semula kepada bulan Mei 2025 memberikan mereka peluang untuk membuat persiapan yang lebih baik.
Bagi mereka yang sudah membeli tiket, tiket itu tetap boleh digunakan pada tarikh baru nanti.
Kami berharap dapat memberikan pengalaman festival yang lebih baik dan memuaskan dalam cuaca yang lebih sesuai.
“Kami minta maaf jika penundaan ini menyebabkan kesulitan dan terima kasih atas sokongan serta pemahaman anda. ”
Semua tiket yang telah dibeli akan tetap boleh digunakan pada tarikh baru. Kami akan memaklumkan maklumat lanjut di laman web dan media sosial kami, jelasnya.
Festival Muzik Rock Warrior akan menampilkan kumpulan rock terkenal dari Malaysia seperti Wings, Search (Kid dan Din) serta XPDC.