RON97 turun satu sen, RON95 dan diesel kekal

RON97 turun satu sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR,. Harga runcit petrol RON97 turun satu sen seliter daripada RM3 kepada RM2.99 seliter bagi tempoh 23 Disember hingga 29 Disember.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal masing-masing pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi tempoh sama.

Harga tersebut berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)