
Rumah jagaan warga emas Bait Al Mawaddah di Jalan Kebun, Seksyen 30 dilanda banjir kilat
Bait Al Mawaddah, ditubuhkan pada 2014, memberi perlindungan kepada warga emas asnaf fakir dan miskin.
Lembaga Zakat Selangor memaklumkan penghuni rumah jagaan dalam proses pemindahan ke Kem Bumi Jati.
SHAH ALAM: Rumah jagaan warga emas Bait Al Mawaddah di Jalan Kebun, Seksyen 30 di sini dilanda banjir kilat pada Rabu.
Perkembangan itu dikongsi oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi hantaran di akaun Facebook mereka hari ini.
Berdasarkan video berkenaan, air dilihat telah memasuki bilik penghuni di rumah jagaan tersebut.
“Allahuakbar. Semoga ayahanda dan ibunda di sana semua selamat.
“Mereka dalam proses pemindahan ke Kem Bumi Jati,” kata LZS dalam kemas kini berkenaan.
Bait al-Mawaddah ditubuhkan pada 2014 dan memberi perlindungan kepada warga emas terdiri daripada asnaf fakir dan miskin yang tidak terbela.
Sementara itu, semakan Astro AWANI di laman sosial Facebook mendapati situasi banjir di Jalan Kebun turut dikongsi beberapa pengguna media sosial.