Rumah musnah terbakar pada 1 Syawal

Rumah musnah terbakar pada 1 Syawal

TAWAU: Dalam kemeriahan umat Islam menyambut 1 Syawal, satu insiden kebakaran telah memusnahkan sebuah rumah separuh kekal di Jalan Sin On, di sini, pada Isnin.

Ketua Balai Bomba Tawau, Julius John Stephen dalam kenyataannya berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada jam 7.55 malam.

Seramai 12 pegawai dan anggota bersama dua jentera FRT (Fire Rescue Tender) dan sebuah van EMRS (Emergency Medical Rescue Services) dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 6 kilometer.

Operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran 200 kaki dengan dua pancutan sumber air dari tangki jentera bomba.

Kebakaran bagaimana pun terkawal pada jam 8.19 malam dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.05 malam.

Kebakaran tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

-Petrus Bernard

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)