Rusia mulakan kempen suntik vaksin COVID-19

Rusia mulakan kempen suntik vaksin COVID-19

MOSCOW, 18 Jan — Kempen besar-besaran pemvaksinan COVID-19 di Rusia bermula pada Isnin dan rakyat boleh memilih sama ada mahu disuntik dengan Sputnik V atau EpiVacCorona,lapor Agensi Berita Rusia (TASS).

Pada 13 Januari lalu, Presiden Vladimir Putin mengeluarkan arahan program yang sebelum ini tertumpu untuk kumpulan berisiko diperluaskan kepada kempen berskala besar.

Timbalan Perdana Menteri Tatyana Golikova berkata kira-kira 2.1 juta dos vaksin akan diedarkan kepada orang awam sebelum akhir Januari.

Sementara itu Ketua Perkhidmatan Persekutuan Pengawasan Perlindungan Hak Pengguna dan Kesejahteraan Manusia Anna Popova berkata penting untuk memastikan sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk negara menerima suntikan vaksin pada tahun ini.

Dua vaksin didaftarkan di Rusia setakat ini, Sputnik V dibangunkan Institut Penyelidikan Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya manakala EpiVacCorona dihasilkan Pusat Penyelidikan Vektor Virologi dan Bioteknologi.

Vaksin dibangunkan Akademi Sains Persekutuan Chumakov masih menjalani ujian klinikal.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )