Rusia sedia jalin hubungan lebih kukuh dengan China, kata Putin

NOVO-OGARYOVO (Rusia), 23 Okt — Rusia bersedia untuk memperkuku hubungan dengan China dalam pelbagai bidang, lapor agensi berita Rusia (TASS), memetik Presiden Vladimir Putin pada Khamis.

“Hubungan Rusia-China sudah mencapai tahap tertinggi. Kami saling mempercayai, menjalin hubungan yang kukuh dan berfungsi dalam pelbagai aspek,” kata Putin.

Menurut Putin, tahun lalu nilai perdagangan kedua-dua negara melebihi US$111 bilion. “Tidak perlu diragukan, kami akan mencapai lebih lagi,” tambah Putin.

Tambah beliau pada masa ini kedua-dua negara sedang melaksanakan projek mega mengenai bidang tenaga dan ekonomi lain selain memperkuat interaksi di arena antarabangsa.

“Kami bersedia untuk terus bekerja dengan rakan di China dalam suasana ramah, mesra dan saling menghormati untuk mencapai hasil yang lebih baik demi kebaikan rakyat China dan Rusia,” kata
Putin.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )