Rusia siap bangunkan peluru berpandu hipersonik dengan 27 kali kelajuan bunyi

Rusia siap bangunkan peluru berpandu hipersonik dengan 27 kali kelajuan bunyi

RUSIA,. Pertahananya memulakan perkhidmatan rejimen pertama peluru berpandu nuklear hipersonik dengan kecanggihan 27 kali kelajuan bunyi.

Kementerian Pertahanan Rusia berkata perkembangan terbaharu itu disifatkan presidennya Vladimir Putin sebagai meletakkan negara terbabit dalam liga tersendiri.

Menterinya, Sergei Shoigu berkata beliau sudah memaklumkan perkembangan itu kepada Putin.

Bagaimanapun, lokasi peluru berpandu terbabit tidak dinyatakan.

Sistem baharu itu yang dinamakan ‘Avangard’ mempunyai kenderaan luncur hipersonik direka di atas sebuah peluru berpandu rentas benua.

Sebelum ini, Putin menyifatkan Avangard sebagai salah satu senjata yang melampaui zamannya.

Beliau turut mendakwa senjata nuklear generasi baharu Rusia itu mampu mencapai mana-mana sasaran dunia dan mengelak perisai peluru berpandu Amerika Syarikat.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )