Safawi tinggalkan JDT

Safawi tinggalkan JDT

KUALA LUMPUR,. Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid hampir pasti beraksi di Eropah selepas skuad Harimau Selatan menerima tawaran kelab Liga Portugal, Portimonense SC hari ini.

Pengarah Sukan JDT, Martin Prest mengesahkan perkara tersebut dalam entri terkini di laman Facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi.

“JDT ingin mengesahkan kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.

“Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

“Bagaimanapun, kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan,” kata Prest.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )