Saifuddin sedih dengan pemergian Farit Ismeth Emir

KUALA LUMPUR,. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah menzahirkan rasa sedih atas kematian bekas penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir, yang meninggal dunia pada usia 66 tahun, akibat kanser pada 11 pagi tadi di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

“Berasa sedih dapat berita pemergian penyampai berita legenda @RTM_Malaysia, ‘suara emas’ Farit Ismeth Emir atau Pak Ngah hari ini.

“Semoga Allah menempatkan Allahyarham bersama golongan beriman & memberi kekuatan kepada keluarga beliau. Al-Fatihah,” katanya menerusi catatan di laman Twitter dan Facebooknya, hari ini.

Allahyarham yang mesra dipanggil Pak Ngah oleh ahli keluarganya dan rakan-rakan adalah pembaca berita RTM yang popular pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Allahyarham yang pernah menjadi penyampai Berita Perdana dan Dunia Jam 10, sering memberi kata-kata hikmah sebagai penutup tugasan.

Allahyarham Farid Ismeth Emir meninggalkan tujuh orang cahaya mata.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan, PJS 4, Petaling Jaya, selepas zuhur.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )