‘Salah’ sertai Arsenal secara percuma

‘Salah’ sertai Arsenal secara percuma

LONDON,. Arsenal melengkapkan perpindahan bintang berbakat Feyenoord, Salah-Eddine secara percuma.

Dan peminat Gunners segera segera melawak bahawa bintang Liverpool, Mohamed Salah perlu berhati-hati dengan pemain berusia 17 tahun yang memiliki nama sama dengannya itu.

Salah-Eddine juga dikenali sebagai ‘Salah’, akan menyertai barisan skuad remaja dan bersaing bagi mendapatkan tempat bersama skuad bawah 23 tahun Arsenal.

Sentiasa bermain di bahagian tengah, pemain Belanda itu menghabiskan karier remaja bersama Feyenoord.

Katanya: “Sesuatu yang hebat menyertai kelab esar seperti Arsenal.

“Ia persekitaran yang bagus buat saya untuk meningkat dan saya harap menerusi akademi saya akan menjadi pemain pasukan utama.

“Mereka pada mulanya menghubungi ayah saya dan datang ke sana selama seminggu hanya untuk melihat keadaan kelab, dan selepas itu mereka tidak perlu berkata apa-apa. Saya tahu ia adalah kelab terbaik buat saya.” – Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )