Salji lebat, angin kencang jejas perkhidmatan kereta api di Xinjiang, China

Salji lebat, angin kencang jejas perkhidmatan kereta api di Xinjiang, China

URUMQI (CHINA),. Sebanyak 17 perkhidmatan kereta api penumpang terjejas akibat salji dan angin kencang yang melanda Wilayah Autonomi Xinjiang Uygur di barat laut China sejak Sabtu pagi, lapor agensi berita Xinhua.

Syarikat Kereta Api China, Urumqi Group Co. Ltd berkata antara stesen yang terjejas ialah di Turpan, menyaksikan 13 perkhidmatan tergendala.

Penumpang dinasihatkan untuk sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai perubahan jadual perjalanan kereta api.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)