Sambutan Hari Merdeka Dan Hari Malaysia Meningkatkan Patriotism Dalam Kalangan Masyarakat

Sambutan Hari Merdeka Dan Hari Malaysia Meningkatkan Patriotism Dalam Kalangan Masyarakat

KUALA LUMPUR,. Sambutan Hari Merdeka Dan Hari Malaysia wajar disambut dari peringkat negeri dan juga daerah diseluruh negara, sememangnya pada setiap tahun Hari Malaysia diSambut pada 16 Sept,dan hari kebangsaan pula disambut pada 31-Ogos,sebagai memperingati dan menghayati sejarah Negara.

Sehubungan itu juga sambutan beterusan bagi memperingati sejarah dan penubuhannya sentiasa hidup didalam jiwa masyarakat setempat yang tidak mahu ketinggalan untuk menyambutnya dan meraikanya pada setiap tahun.

Pada hari ini Persatuan Penduduk Desa Rejang dan Gabungan PA/PPR WPKL juga berkesempatan menyambut hari kebangsaan dan hari Malaysia bersama dengan Komuniti didalam Wilayah PA/PPR serta juga bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL, Disertai juga IPD, wangsa Maju.


Program seawal 9.pagi itu dimulai dengan Konvoi Bermotorsikal dari PA/Desa Rejang Melalui laluan SS/10, ke Setapak 1A,Kemudia Ke PPR,Air Panas Dan Juga Terus ke PPR, Semarak dan berpatah balik ke PA/Desa Rejang, disambung dengan beberapa acara yang telah disediakan penganjur, seperti acara Memana,Pakaian Beragam serta Pertandingan melukis bagi kanak – kanak dan berbagai Lagi telah disediakan bagi sambutan pada kali ini kata Ismail Saari, Selaku Pengerusi PA/Desa Rejang.

Tidak ketinggalan juga Pelbagai aktiviti kenegaraan turut diadakan bagi meningkatkan semangat kebangsaan serta menggalakkan semangat patriotism dalam kalangan masyarakat.


‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ yang dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini menggambarkan komitmen untuk terus membangunkan sebuah masyarakat yang adil dan sejahtera, kata Haji Ismail Saari, Sebagai pengerusi persatuan penduduk PA,Desa Rejang merangkap pengerusi gabungan Persatuan penduduk PA/PPR WPKL Kuala Lumpur, Turut serta Pada sambutan Hari ini Datuk seri Haji Abdul Halim Mantan Timbalan Speaker Dewan Negara.

–GERBANGPOST

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )