Sathianathan mahu pemain tunjuk aksi terbaik dalam Kejohanan Selangor Asia Challenge

Sathianathan mahu pemain tunjuk aksi terbaik dalam Kejohanan Selangor Asia Challenge

SHAH ALAM,. Ketua Jurulatih Selangor, B.Sathianathan mahu pemain muda dan pemain baharu menunjukkan persembahan terbaik dalam Kejohanan Selangor Asia Challenge (SAC) 2020 untuk menentang kelab dari rantau Asia Tenggara pada esok dan Ahad ini.

Sathianathan berkata kejohanan itu merupakan peluang yang baik bagi menguji pemain dan memberikan mereka keyakinan yang tinggi untuk memulakan kempen Liga Malaysia pada musim ini.

“Sememangnya ia satu kejohanan yang bagus, ia akan memberi peluang kepada penyokong untuk melihat pemain baharu beraksi, tetapi ini adalah pramusim jadi keputusan tidak penting yang menjadi tujuan utama kami adalah persembahan yang ditunjukkan oleh para pemain.”

Dengan kecederaan yang dialami oleh Nor Hakim Hassan saya tahu ia kehilangan besar buat kami tetapi saya yakin dengan pemain lain. Ada dua tiga pemain bawah 21 juga saya lihat mereka boleh beraksi dengan baik jadi saya berharap mereka bermain dengan bersungguh-sungguh kerana kita akan menentang pasukan terbaik,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Turut hadir, Jurulatih Hanoi FC, Chu Dinh Nghiem; Jurulatih True Bangkok United FC, Alexandre Polking kejohanan ini,” katanya,

Kejohanan yang diadakan di Stadium Shah Alam bermula 5 petang hingga 11 malam itu melibatkan penyertaan tiga pasukan negara jiran iaitu True Bangkok United FC dari Thailand, Hanoi FC (Vietnam) dan Persib Bandung (Indonesia).

Setiap pasukan akan bermain dua perlawanan dan pasukan yang mempunyai rekod terbaik daripada setiap perlawanan akan dinobatkan sebagai juara.

Sistem pengiraan mata dan jumlah gol bakal diambil kira seperti kejohanan Piala Emirates di Eropah.

Sebagai ganjaran, juara akan membawa pulang wang tunai US$10,000 (RM41,353.81) selain piala pusingan sementara naib juara menerima US$5,000 (RM20,676.91).

Penyokong boleh mendapatkan tiket bagi kejohanan itu menerusi laman sesawang Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) atau pada hari kejohanan dengan harga RM15 (pemegang kad Red Giants), RM30 (bukan pemegang kad) dan RM5 (kanak-kanak).

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)