Seekor lagi harimau belang dikesan melintas jalan

Seekor lagi harimau belang dikesan melintas jalan

KAMPAR,. Seekor lagi harimau belang dilihat di jalan raya semalam, kali ini di Kampung Mendok Sahom di sini, yang dikesan oleh seorang pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Pulau Pinang.

Muhammad Hafizzuddin Asri, 21, berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9 malam semasa beliau sedang menunggang motosikal, apabila secara tiba-tiba haiwan itu dilihat keluar dari kawasan semak dan melintas jalan, kira-kira dua meter di hadapannya.

“Harimau itu melintas betul-betul di depan saya, menyeberang jalan, dan terus masuk ke dalam hutan di tepi jalan yang saya lalui,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya beliau terus memecut laju untuk balik segera memberitahu penduduk kampung, dan menurutnya ketua kampungnya telah melaporkan perkara itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak untuk tindakan lanjut.

Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian, dan beliau telah mengarahkan pegawainya menjalankan siasatan lanjut, di samping memasang perangkap harimau di sekitar lokasi.

Semalam, empat sahabat yang baru balik dari menghadiri kursus di Cameron Highlands terserempak dengan seekor harimau belang berkeliaran di tepi jalan raya di Jalan Gua Musang-Lojing, kira-kira pukul 3.15 petang.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)