Sektor swasta perlu guna pakai teknologi baharu – Muhyiddin Yassin

Sektor swasta perlu guna pakai teknologi baharu – Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR,. Sektor swasta perlu mengguna pakai teknologi baharu agar negara dapat mempercepat pemulihan ekonominya, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, pandemik COVID-19 menjadi pemang-kin untuk mempercepatkan penggunaan penyelesaian di-gital dan ia juga menunjukkan kepentingan untuk menaik taraf dan mengukuhkan teknologi dan infrastruktur bagi memudahkan proses menjalankan perniagaan.

“Ini termasuk mengurangkan pergantungan kita kepada buruh tidak mahir ketika kita beralih ke fasa automasi dan digitalisasi,” katanya dalam ucapan beliau semasa sesi dialog bersama industri yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, satu lagi hikmah di sebalik pandemik yang berlaku adalah tindakan segera untuk menggerakkan agenda inklusi digital, bagi membolehkan berjuta-juta orang bekerja, belajar dan berhubung secara digital.

“Pandemik ini telah menye-darkan kita bahawa untuk terus maju kehadapan, kita perlu lari daripada kebiasaan dan membangunkan pelbagai langkah untuk mengurangkan impak pandemik terhadap rakyat dan ekonomi kita. Ia bukan lagi keadaan seperti biasa. Sudah sampai masanya untuk mencari idea baharu. Sudah sampai masanya untuk berinovasi,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan baru-baru ini me-ngumumkan Pelan Tindakan Transformasi Digital, yang mengandungi pelan yang me-numpu untuk mengembang dan menambah baik kesalinghubungan digital Malaysia.

Menurutnya, pelan tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA) berjumlah AS$12.7 bilion (AS$1=RM4.12), akan menjadi platform bagi mencapai aspirasi ini dengan mempercepat kesalinghubungan digital negara menerusi penggunaan mudah alih, gentian dan akses tanpa wayar tetap secara meluas, dan membuka jalan kepada 5G.

“Kita percaya ia akan mendorong penggunaan tek-nologi dan transformasi digi-tal. Ini perlu bagi trajektori ekonomi negara. Malaysia juga menyedari industri berasaskan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) akan mempercepat pertumbuhan ekonomi digital kita.

“Di bawah inisiatif didorong teknologi IR4.0, kita telah memperkenalkan Malaysia 5.0 – agenda transformasi digital bagi perniagaan, untuk menangani akses kepada digital, inklusi kewangan, produktiviti dan pertumbuhan menerusi instrumen industri 4.0 seperti teknologi kewangan (fintech), blockchain dan Kecerdasan Buatan (AI),” katanya.

Muhyiddin berkata, dengan Malaysia 5.0, ekonomi digi-tal akan diperkasakan bagi menyumbang ke arah ekonomi sirkular dan lebih mampan.

Perdana Menteri juga menyifatkan teras pemulihan ekonomi ini adalah berdasarkan kejayaan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang kini memasuki fasa kedua.

“Apabila semakin ramai rakyat mendapat vaksinasi, saya yakin kita semakin hampir untuk melihat pandemik ini berakhir dengan berkesan,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Bank Negara Malaysia telah mengunjurkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan kembali meningkat kepada 6.0 hingga 7.5 peratus pada tahun ini dengan pemulihan stabil aktiviti domestik ber-serta peningkatan permintaan luaran yang menjadi faktor asas dan pendorong sentimen optimis sedemikian.

Beliau berkata, sebagai sebuah ekonomi yang banyak bergantung kepada perdagangan, Malaysia akan terus berperanan sebagai penyokong utama sistem perdagangan pelbagai hala yang berte-raskan peraturan.

Malah, jelas beliau, Malaysia akan terus terbabit dalam libat urus secara konstruktif merangkumi inisiatif-inisiatif integrasi ekonomi serantau, termasuk menerusi pembabitan aktif dalam usaha perjanjian perdagangan bebas yang membawa manfaat ke-tara untuk negara.

“Ini merupakan alasan utama di sebalik penyertaan kita dalam Perjanjian Perkongsian Komprehensif Ekonomi Se-rantau (RCEP) yang memberi akses terhadap satu pertiga pendudukan dunia selain sebagai pasaran yang menyumbang 29 peratus kepada KDNK global,” katanya.

Mengulas kemajuan pada masa depan, perdana menteri menyuarakan harapan agar komuniti perniagaan serta individu-individu persendi-rian untuk terus memainkan peranan penting dalam pe-ngurusan serta membendung pandemik COVID-19.

“Kita perlu terus melaksanakan pendekatan ke-seluruhan masyarakat bagi menerapkan sikap kebergantungan diri dan semangat perpaduan. Usaha membendung pandemik serta menangani impak akibatnya adalah tanggungjawab kita secara bersama.

“Sehubungan itu, saya sekali lagi perlu menegaskan bahawa peranan industri sememangnya amat penting bagi mencapai matlamat bersama untuk melindungi kehidupan serta mata pencarian,” kata beliau.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )