Sekurang-kurangnya 3 maut, puluhan lagi terperangkap bangunan runtuh di Florida

WASHINGTON,. Sekurang-kurangnya tiga disahkan meninggal dunia manakala 12 yang lain cedera, sementara puluhan hilang dalam kejadian bangunan kediaman runtuh di Miami-Dade County, Florida di tenggara Amerika Syarikat pada Khamis, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Miami-Dade menerima panggilan kecemasan kira-kira 1.30 pagi waktu tempatan.

Runtuhan itu membabitkan sebahagian kondominium Champlain Towers South 12 yang terletak di tepi pantai Surfside, kira-kira 10 batu di utara Pantai Miami.

Setakat ini 35 orang dilaporkan terperangkap dan dua yang lain berjaya diselamatkan, kata Penolong Ketua Jabatan Bomba Miami-Dade, Raide Jadallah.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )