
Selangor Mulakan 17 Projek Awal Sementara Tunggu RTB Klang Siap
KLANG, 5 Mei 2025 – Kerajaan Negeri Selangor memulakan langkah awal dengan mengenal pasti 17 projek kadar segera di Klang sebagai penyelesaian sementara sebelum pelaksanaan penuh Rancangan Tebatan Banjir (RTB).
Menurut Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri, Datuk Izham Hashim, langkah ini melibatkan pelbagai bentuk kerja fizikal termasuk sistem saliran dan struktur air, yang akan diselaras oleh JPS Selangor dengan sokongan JKR dan MBDK.
“Sebahagian kerja akan bermula minggu ini dan selebihnya dibawa ke MTES untuk kelulusan dasar tambahan,” jelas beliau.
Kerajaan turut merancang pengambilalihan lebih 300 kolam tadahan tidak bertuan yang dikenal pasti menyumbang kepada masalah banjir apabila gagal diselenggara.