
Selangor Rancang Tindakan Awal Hadapi Kesan Tarif AS terhadap PMKS
Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan sesi libat urus minggu depan bagi membincangkan langkah proaktif menghadapi kesan tarif baharu Amerika Syarikat yang dijangka menjejaskan sektor PMKS.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, walaupun industri semikonduktor Malaysia tidak dikenakan tarif dan memberi kelebihan kepada negeri, langkah bersiap awal tetap perlu.
“Malaysia antara yang paling kurang terjejas, namun kita tetap perlu menyokong PMKS dan memanfaatkan peluang yang muncul,” katanya.
Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, beliau menekankan keperluan solidariti serantau dan kerjasama untuk memastikan akses pasaran tidak terganggu.
Perdana Menteri sebelum ini menyatakan komitmen untuk mencari penyelesaian demi melindungi pelaburan dan pekerjaan rakyat.
-gerbangpost.com