Selepas dua bulan ‘berehat’ tidak jaga berat badan, Shah Rukh Khan kembali ke gimnasium

Selepas dua bulan ‘berehat’ tidak jaga berat badan, Shah Rukh Khan kembali ke gimnasium

MUMBAI: Bintang popular Bollywood Shah Rukh Khan kembali aktif melakukan aktiviti kecergasan untuk filem terbaharunya, Pathan setelah ‘berehat’ lebih dua bulan susulan penahanan anak sulungnya, pada awal Oktober lalu.

Portal tempatan Geo News yang memetik sumber terdekat pelakon itu berkata, aktor berusia 56 tahun itu tidak menjaga berat badannya beberapa bulan lalu kerana terlalu sibuk dengan proses undang-undang dan terpaksa melupakan komitmen profesionalnya.

“Pelan diet yang tidak menentu sejak 30 hingga 40 hari lalu mengakibatkan struktur otot Shah Rukh Khan hilang. Dia mempunyai beberapa projek filem yang memerlukannya mendapatkan semula bentuk badan seperti sebelum ini. Jadi dia ke gimnasium semula selepas melalui detik-detik yang mencabar sejak beberapa bulan lalu.

“Filem Pathan menampilan pelakon itu sebagai avatar dan memerlukan rupa bentuk yang lebih besar,” kata sumber itu di sini, pada Ahad. Menurut sumber itu lagi, bintang popular itu kini bersedia sepenuhnya untuk kembali ke set penggambaran Pathan arahan Yash Raj.

Katanya, berbeza dengan Pathan, projek seterusnya, filem Atlee pula memerlukan Shah Rukh Khan ditampilkan sebagai karakter yang lebih lembut seperti Rajkumar Hirani. “Jadi Shah Rukh bersedia untuk bulk-up badannya sebelum ‘melompat’ ke filem satu lagi (Atlee) yang memerlukannya berlakon untuk 160 hari seterusnya.

“Dia sudah bersedia untuk memulakan penggambaran,” ujar sumber itu lag

Aryan Khan yang ditahan Biro Kawalan Narkotik (NCB) kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti dadah pada 3 Oktober lalu hanya dibebaskan selepas 25 hari. Keluarga Shah Rukh Khan melalui detik sukar menjalani kehidupan yang sepi dan murung termasuk berehat daripada media sosial dan berjumpa sahabat handai.

Dalam pada itu portal yang sama memaklumkan, Aryan Khan yang menjadi berita utama akhbar sepanjang dua bulan lalu turut disenaraikan sebagai newsmaker 2021 yang kedua popular di India, menurut Yahoo.
Enjin carian ketika mengumumkan 2021 Year in Review semalam memberitahu, Aryan Khan, 23, menjadi antara individu popular di India yang dicari netizen. Mendahulu senarai bagi kategori personaliti yang paling ramai dicari adalah Perdana Menteri India, Narendra Modi diikuti pemain kriket negara, Virat Kohli.

Sementara itu pemenang program realiti Big Boss 14, Sidharth Shukla merangkul tempat pertama bagi kategori selebriti lelaki paling popular diikuti Salman Khan sementara Amitabh Bachchan dan Akshay Kumar, masing-masing di tempat keenam dan ketujuh.

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)