Selepas Kes simbah asid Faisal Halim cerita kejadian yang menimpanya

Selepas Kes simbah asid Faisal Halim cerita kejadian yang menimpanya

SHAH ALAM,. Faisal Halim membuat kemunculan sulung di Pusat Latihan Selangor FC hari ini, selepas lebih sebulan tragedi simbahan asid menimpanya pada 5 Mei lalu.

Pemain skuad kebangsaan itu Meluahkan rasa hatinya disidang media hari ini, apa yang menimpanya Faisal berkata beliau sebenarnya enggan mengimbau kembali detik hitam yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya itu.

“Dalam hati Kalau boleh saya sudah tidak mahu ingat lagi insiden ini. Masa mula-mula kena (disimbah asid) saya rasa panas dan pedih. Saya cuba bertahan menahan kesakitan.

Saya cuba tenangkan diri dan bertenang Tetapi rupa-rupanya ia (asid) sangat bahaya dan luar biasa,” katanya pada sidang media.

Terdahulu, bintang Selangor FC itu hadir dengan kawalan ketat anggota keselamatan diiringi isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril dan bapanya, Halim Saad.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar, Ketua Perubatan Sukan Selangor FC Dr Muhammad Hazwan Khair dan peguam Mohd Haijan Omar.

Faisal menjelaskan beliau mengambil keputusan untuk keluar bertemu masyarakat selepas memaklumkan keadaannya kepada Shahril selain mahu cepat kembali beraksi di atas padang.

“Saya hubungi Datuk (Shahril) dan beritahu keadaan saya, saya sudah kembali kayuh basikal. Datuk terkejut dan saya juga beritahu sampai bila saya mahu menyorok dari umum.

“Saya sedia tonjolkan diri supaya bebas dan tidak perlu berselindung lagi. Saya mahu jalani kehidupan seperti biasa. Saya harap saya dapat kembali bermain semula dalam masa terdekat,” katanya.

Pemain skuad kebangsaan Harimau Malaya berusia 26 tahun itu kini memasuki fasa pemulihan yang diurus Selangor FC membabitkan latihan fizikal dan pengurusan emosi.

Ramai dikalangan penyokong dan peminat faizal rata – rata mengharapkan dan mndoakan Faizal kembali bermain seperti biasa kami semua merinduinya melihat kembali kelincahan beliau di padang.

–GERBANGPOST

CATEGORIES
Share This