Senjata nuklear: Korea Utara ikrar mahu jadi terkuat di dunia

Senjata nuklear: Korea Utara ikrar mahu jadi terkuat di dunia

SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un berkata, matlamat utama negaranya adalah untuk memiliki kuasa nuklear paling berkuasa di dunia. Jong Un turut berikrar untuk menentang ancaman nuklear Amerika Syarikat dengan senjata nuklear negaranya.

Pengumuman itu dibuat selepas Jong Un memeriksa ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Hwasong-17 baharu negara itu.

Jelasnya, membina tenaga nuklear adalah untuk melindungi maruah, kedaulatan negara dan rakyat. Tambah beliau, matlamat utamanya adalah untuk memiliki kuasa strategik yang paling kuat di dunia, kuasa mutlak yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Beliau menggelar Hwasong-17 sebagai “senjata strategik terkuat di dunia” dan berkata ia menunjukkan keazaman dan keupayaan Korea Utara untuk akhirnya membina tentera terkuat di dunia.

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)