Seorang terbunuh ketika protes penangkapan pemimpin Senegal

Seorang terbunuh ketika protes penangkapan pemimpin Senegal

DAKAR: Polis Senegal bertempur dengan penyokong kepada pemimpin pembangkang yang ditangkap Ousmane Sonko kelmarin, menyebabkan seorang terbunuh di selatan negara, kata seorang pegawai polis.
Ia merupakan kematian pertama yang disahkan dalam perbalahan sejak Sonko ditangkap pada Rabu lepas kerana melanggar arahan awam ketika bantahan meletus sebelum kehadirannnya di mahkamah untuk berdepan satu tuduhan merogol.

Sonko, ketua parti pembangkang Pastef dan bekas calon presiden, telah dianggap sebagai pencabar utama yang berpotensi kepada Presiden Macky Sall dalam pilihan raya pada tiga tahun lepas. Seorang maut dalam perbalahan kelmarin di pekan Bignona, di selatan wilayah Casamance, kata pegawai polis.

“Kami masih belum mengetahui puncanya, ia masih dalam siasatan,” kata anggota polis yang meminta namanya dirahsiakan. Empat anggota polis turut tercedera.

Penangkapan Sonko telah mencetuskan ketegangan terburuk yang pernah dilihat di Dakar sejak bertahun-tahun, di sebuah negara Afrika Barat yang terkenal dengan kestabilannya. Beberapa pelajar masih bersembunyi di universiti Cheikh Anta Diop di Dakar kelmarin, di mana mereka melontar bata konkrit ke arah pihak polis, yang membalas dengan menggunakan gas pemedih mata dan bom tangan pegun, kata seorang wartawan AFP di tempat kejadian.

Sonko akan dipindahkan pada petang kelmarin ke sebuah bangunan mahkamah Dakar di mana kesnya akan didengari oleh seorang ha-kim. Namun peguamnya menyatakan perbicaraan telah ditangguhkan kepada semalam.

“Ousmane Sonko sekarang adalah subjek bagi satu waran. Di akan dibawa ke majistret yang menyiasat pada esok hari, sama ada secara rela atau paksaan,” Abdoulaye Tall, salah seorang peguamnya, memberitahu AFP.

Pihak berkuasa perunda-ngan Senegal kelmarin turut menolak isyarat dari dua rangkaian televisyen tempatan, Sen TV dan Walf TV selama 72 jam dari jam 5 petang kelmarin, yang menurut mereka telah menyiarkan imej ”yang berbeza” bagi keganasan selepas penahanan Sonko.

Beratus-ratus orang telah mengekori rombongan kenderaannya pada Rabu lepas, membunyikan hon dan menyanyi sebelum pergaduhan meletus dan Sonko telah ditangkap sebelum sampai ke mahkamah.

Menteri Dalam Negeri Antoine Felix Abdoulaye Diome berkata Sonko telah ditangkap bagi satu larangan terhadap perhimpunan di-sebabkan oleh COVID-19 dan melanggar satu ranca-ngan trafik yang dilaksanakan.

“Semua orang perlu untuk mematuhinya. Mereka yang lain turut melakukan perkara yang sama. Saya memba-yangkan kenapa terdapat satu pengecualian,” beliau memberitahu radio RFM. Sonko turut menafikan tuduhan merogol yang difailkan terhadapnya pada bulan lepas oleh seorang pekerja di sebuah salun di mana dia menerima urutan.

Seorang penganut taat Islam dan berusia 46 tahun, Sonko sering kali bersuara lantang terhadap golongan elit pemerintah Senegal dan terkenal di kalangan golongan muda. Dia menuduh Sall berkomplot untuk mengetepikannya sebelum pilihan raya pada 2024.

Keganasan turut berlaku pada Rabu lepas di kawasan lain termasuk di Casamance, di mana ayah Sonko berasal dan di mana dia mempunyai pengaruh yang kuat. Sonko bertanding menentang presiden dalam pilihan raya 2019, namun di tempat ketiga dalam pertandingan yang memberikan penjawat kini penggal kedua.

Jawatan presiden di bekas koloni Perancis itu terhad kepada dua penggal berturut-turut, namun Sall telah melancarkan penilaian semula perlembagaan pada 2016, membangkitkan kecurigaan bahawa beliau berniat untuk bertanding semula.

— AFP

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)