Seramai 25 setiausaha politik menteri angkat sumpah

Seramai 25 setiausaha politik menteri angkat sumpah

KUALA LUMPUR, 24 April — Seramai 25 setiausaha politik kepada menteri hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Majlis ringkas yang diadakan di Putrajaya itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Muhyiddin menerusi catatan dalam laman Twitter dan Facebooknya, berkata upacara mengangkat sumpah jawatan diketuai oleh setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Nardin Awang.

Perdana Menteri turut memuat naik beberapa keping gambar berkaitan majlis berkenaan.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )