Shafie dakwa Muhyiddin ajak bergabung, cukup ‘angka’ untuk kembali jadi PM

Shafie dakwa Muhyiddin ajak bergabung, cukup ‘angka’ untuk kembali jadi PM

SANDAKAN: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghubunginya dua bulan lalu untuk mendapatkan sokongannya untuk menjadi Perdana Menteri semula. Presiden Parti Warisan Malaysia (Warisan) itu berkata Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau mendapat sokongan 119 ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 anggota.

Katanya, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tersebut turut mendakwa beliau telah membincangkan perkara itu dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bersetuju menyokong Muhyiddin.
“Saya beritahu dia (Muhyiddin) jika anda mempunyai nombor, anda teruskan, saya tidak akan mengikut anda,” katanya. Mohd Shafie berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Bersama Rakyat di Sandakan, pada Ahad.

Dalam pada itu dalam sidang media, beliau menegaskan bahawa gabungan parti politk yang ada ketika ini hanya untuk memuaskan nafsu pemimpin. “Apa ertinya kalau kita parti bergabung-gabung tujuannya untuk menyatukan umat itu, bukan menyatukan umat, itu menyatukan nafsu pemimpin-pemimpin itu.

“Ada parti yang kecil, ada parti yang itu dari bangsa itu, dari bangsa ini, dari kampung itu, dari negeri itu. “Semata-mata digabungkan untuk mencukupkan jumlah mereka memerintah kononnya, tapi kita sedar dan tahu ini merupakan hanya landasan untuk hanya kepentingan mereka,” katanya lagi.

Tambahnya, gabungan kerajaan yang memiliki pelbagai parti ketika ini tidak akan berjaya termasuk di Sabah.

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )