Shiha Zikir menang besar, ungguli AME 2021

Shiha Zikir menang besar, ungguli AME 2021

KUALA LUMPUR: Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Shiha Zikir dinobatkan sebagai Artis Top Top Meletop Wanita. Bukan itu sahaja Shiha juga berjaya merangkul semua anugerah yang dicalonkan iaitu Lagu Meletop Era, Artis Versatil Meletop , Duo/Kumpulan Meletop dan Bintang Filem Meletop.

Selain Shiha, Top Top Meletop Lelaki dimenangi oleh Khai Bahar manakala Top Top Meletop Duo/Kumpulan dimenangi oleh Dolla.

Membawa sedikit perbezaan tahun ini, kesemua pemenang anugerah Top Top Meletop dipilih oleh juri-juri profesional. Pada masa sama, Datuk Aznil Nawawi juga telah dianugerahkan Anugerah Khas Meletop iaitu Anugerah Legend Meletop bagi menghargai jasanya dalam industri hiburan tanah air selama 32 tahun.

Anugerah pilihan peminat itu dimeriahkan dengan persembahan-persembahan menarik daripada Aina Abdul, Dolla, Dayang, Hael Husaini, Usop, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan kumpulan rock lagenda, Search.

AME 2021 telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dihoskaan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Al-Hadad. Program pilihan peminat itu juga dipancarkan secara terus di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.

-Awani

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )