Siasatan Kehilangan Pamela: Polis Rancang Temubual Anak di Singapura

Siasatan Kehilangan Pamela: Polis Rancang Temubual Anak di Singapura

KUALA LUMPUR – Hampir sebulan selepas kehilangan Datin Seri Pamela Ling Yueh, Polis Diraja Malaysia kini sedang merancang sesi rakaman percakapan dengan anak-anak mangsa di Singapura sebagai sebahagian usaha meneruskan siasatan kes berprofil tinggi itu.

ACP Aidi Sham Mohamed berkata, kerjasama sedang dijalankan bersama Interpol dan sesi dijangka berlangsung di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura tidak lama lagi.

Polis juga masih meneliti maklumat daripada rakaman CCTV, yang setakat ini hanya padan 40 peratus dengan lakaran suspek.

Pamela dilaporkan hilang pada 9 April lalu ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat SPRM.

Beliau dan suami sedang melalui proses perceraian yang melibatkan pertikaian harta, dan kedua-duanya sedang disiasat berkaitan pengubahan wang haram.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This