![Silva pergi tanpa dirai Silva pergi tanpa dirai](https://gerbangpost.com/wp-content/uploads/2020/05/david-silva-manchester-city_hm4spznt40qx1jn38t8d7vmw1-e1589774078883.jpg)
Silva pergi tanpa dirai
LONDON,. Peminat Manchester City memberi gelaran Merlin kepada David Silva dan musim panas ini dia bakal ghaib.
Malangnya pemergian bintang sebenar Liga Perdana itu tidak dapat diraikan.
Bintang Sepanyol itu sepatutnya mengharungi aksi terakhir di laman sendiri kelmarin selepas 10 tahun bersama City.
Bintang-bintang City sebelumnya – Pablo Zabaleta, Yaya Toure, Vincent Kompany dan Joe Hart – berpeluang diraikan di hadapan penyokong pada penampilan terakhir mereka.
Jika Silva mendapat peluang itu sekali pun, ia mungkin berlaku dalam stadium kosong tanpa penonton.
“Anda boleh tahu dia belajar bermain bola di jalanan, seperti dia memberi amaran; ‘hanya ada seorang pemenang di sini’.
“David mempunyai kualiti itu dan anda tidak akan menyedarinya sehingga mengenalinya.
“Antara sebab saya mahu datang ke sini, ke City, adalah kerana saya gembira berada bersamanya, melatihnya,” kata pengendali City Pep Guardiola. – AGENSI