Sindiket pemerdagangan manusia di empat negara Eropah ditumpaskan

Sindiket pemerdagangan manusia di empat negara Eropah ditumpaskan

MONTPELLIER: Sebuah rangkaian pemerdagangan manusia yang sofistikated telah ditumpaskan di sekitar empat negara Eropah, dengan kira-kira 30 mangsa dari Amerika Selatan dan Romania Diselamatkan, umum pendakwa raya Perancis kelmarin.

Seramai 13 orang ditangkap pada Selasa lepas di Sepanyol, Itali, Romania dan Perancis, menurut Fabrice Belargent, pendakwa raya di bandar Montpellier di selatan Pe-rancis. Satu siasatan mengenai kegiatan pelacuran dan penyeludupan manusia melibatkan sebuah kumpulan terancang telah dibuka.

Pendakwa raya menyata-kan kumpulan “yang agak sofistikated” ini termasuk rakyat dari Romania dan Colombia. “Mangsa telah direkrut di negara mereka, tertarik dengan harapan bagi satu kehidupan yang lebih baik, dan dibawa ke Perancis,” kata Belargent.

“Kemudian mereka telah dikurung di apartmen jenis AirBnB di bawah ancaman terhadap diri dan keluarga mereka.” Beliau berkata mereka turut diletakkan di bawah kamera pengawasan. Seramai 33 mangsa – rakyat Colombia, Dominica, Paraguay dan Romania yang berusia 18 hingga 35 tahun – telah setakat ini dikenal pasti dan diambil oleh pertubuhan kebajikan.

Dua orang telah didakwa di Perancis sementara di Itali dan Romania dua lagi ditangkap. Lapan rakyat Colombia telah ditangkap di Sepanyol. Kesemuanya telah di-kenakan dengan waran tangkap Eropah dan menunggu kemungkinan ekstradisi ke Perancis.

Seorang pemilik hotel dari bandar Perpignan di Perancis telah ditahan dan dibebaskan namun akan didakwa secara berasingan di sana. “Siasatan dimulakan pada Jun 2020 ketika dua wanita muda Colombia tampil ke depan di Montpellier selepas melarikan diri dari sebuah apartmen di mana mereka telah dikurung dan dipaksa melacur selama beberapa minggu.

Pihak penyiasat membongkar sebuah rangkaian dengan beberapa lokasi di Perancis dan Barcelona, Sepanyol, dengan hampir semua keuntungan dipindahkan ke Romania dan Colombia. Hanya sejumlah kecil telah diberikan kepada wanita muda tersebut.

“Pendakwa raya menyata-kan sistem bagi menggilir-gilirkan mangsa di antara bandar-bandar adalah bertujuan untuk melemahkan mereka. Lokasi di sekurang-ku-rangnya 17 bandar di Pe-rancis telah dikesan, katanya.

— AFP

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)