Singapura benarkan pengembara transit melalui Lapangan Terbang Changi mulai 2 Jun

Singapura benarkan pengembara transit melalui Lapangan Terbang Changi mulai 2 Jun

SINGAPURA,. Singapura akan membenarkan pengembara untuk melakukan transit melalui Lapangan Terbang Changi secara beransur-ansur berkuatkuasa 2 Jun 2020, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).

“Ini adalah sebahagian daripada strategi Singapura untuk membuka kembali pengangkutan udara secara beransur-ansur untuk memenuhi keperluan ekonomi dan rakyat kita, sambil memastikan perlindungan yang mencukupi untuk perjalanan yang selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata syarikat penerbangan harus mengemukakan cadangan mereka untuk memindahkan lorong melalui Lapangan Terbang Changi kepada CAAS.

“Cadangan tersebut akan dinilai dengan mempertimbangkan keselamatan penerbangan, pertimbangan kesihatan awam, serta kesihatan penumpang dan krew udara,” kata CAAS.

Pada ketika ini, CAAS berkata penumpang warga asing hanya boleh transit melalui Singapura jika mereka dalam penerbangan pulang yang diatur oleh kerajaan mereka.

“Keputusan itu akan membolehkan penumpang transit melalui Singapura dengan lebih mudah,” katanya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, CAAS berkata langkah-langkah ketat akan dilakukan untuk memastikan bahawa penumpang transit kekal berada di kemudahan yang ditentukan di kawasan transit dan tidak bercampur dengan penumpang lain semasa berada di Lapangan Terbang Changi.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)