Singapura lulus syarat baharu penyimpanan vaksin Pfizer-BioNTech

Singapura lulus syarat baharu penyimpanan vaksin Pfizer-BioNTech

SINGAPURA,. Singapura meluluskan syarat baharu penyimpanan vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 iaitu pada suhu peti sejuk antara dua hingga lapan darjah Celsius untuk tempoh sehingga 31 hari.

Syarat penyimpanan baharu itu diluluskan pada 20 Mei selepas kajian menyeluruh terhadap permohonan dan data tambahan dikemukakan Pfizer.

“Lanjutan tempoh penyimpanan baharu itu pada suhu yang ditetapkan adalah satu lagi kemajuan penting berbanding tempoh penyimpanan sedia ada,” kata ketua pegawai eksekutif Lembaga Sains Kesihatan (HSA) Singapura Dr Mimi Choong May Ling, dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kaedah baharu itu akan memudahkan lagi pengangkutan dan pengedaran vaksin ke pusat vaksinasi termasuk penyimpanan serta penggunaannya di pusat berkenaan.

HSA mendapati vaksin COVID-19 yang dinyahbeku, tidak cair dan kekal stabil ketika disimpan pada suhu peti sejuk sama seperti penyimpanan bagi tempoh panjang pada suhu kekal bawah 70 darjah Celsius.

Ketika vaksin Pfizer-BioNTech mendapat kelulusan awal pada 14 Disember 2020, HSA meluluskan syarat penyimpanan jangka masa panjang adalah pada bawah 70 darjah Celsius manakala penyimpanan sementara selepas dinyahbeku adalah antara dua hingga lapan darjah Celsius bagi tempoh sehingga lima hari saja.

Pada 25 Februari 2021, HSA sudah pun melakukan pindaan bahawa vaksin itu boleh disimpan pada suhu peti sejuk iaitu bawah 20 darjah Celsius untuk tempoh penyimpanan sehingga dua minggu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )