SPM Ditunda Ke Tahun Depan?

SPM Ditunda Ke Tahun Depan?

PETALING JAYA,. Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (Page) berkata penjadualan semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada November-Disember berikutan pelanjutan tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) boleh menimbulkan masalah kepada pelajar di negeri Pantai Timur kerana banjir.

Setiausaha Page, Tunku Munawirah Putra hari ini mencadangkan supaya peperiksaan itu diadakan tahun depan.

Walaupun lanjutan tahun akademik “tidak dapat dielakkan” kerana kesihatan awam lebih penting, katanya, mungkin timbil masalah dalam penjadualan peperiksaan, terutama SPM.

Kementerian Pendidikan sebelum ini mengumumkan peperiksaan utama itu dijadualkan semula berikutan pelanjutan PKP.

Peperiksaan bertulis SPM dijadualkan dari 5 Oct sehingga 14 Oct (Fasa 1) dan 2 Nov sehingga 19 Nov (Fasa 2) dijadualkan semula ke 16 Nov hingga 7 Dis.

Tunku Munawirah berkata, pelajar mungkin menghadapi kesukaran menduduki peperiksaan kerana masalah banjir di negeri Pantai Timur.

Beliau sebaliknya mencadangkan supaya peperiksaan itu dijalankan tahun depan.

“Tidak dapat dielakkan kita melewatkan peperiksaan kebangsaan yang dijadualkan pada 2020. Semua negara di dunia sedang bergelut dengan keadaan ini,” katanya.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )