SPM: Tiada peranti milik sendiri ikuti PDPR bukan halangan capai kejayaan

SPM: Tiada peranti milik sendiri ikuti PDPR bukan halangan capai kejayaan

KUANTAN,. Peribahasa di mana ada kemahuan di situ ada jalan, sememang se-suai dikaitkan dengan sikap positif yang dimiliki seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpaksa meminjam komputer riba abangnya untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Mengakui sukar kerana terpaksa menyesuaikan diri dalam pembelajaran normal baharu susulan pandemik COVID-19, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Astana di sini, Nur Maizatul Ain Mohamad Samsudin,18, bagaimanapun berjaya mendapat keputusan yang membanggakan iaitu 8A dan 1D.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata, telefon bimbit miliknya mempunyai kekangan untuk melayari aplikasi Google Meet yang digunakan sepanjang PdPR, justeru dia terpaksa memin-jam komputer riba milik abang keduanya Mohd Sharul Nizam, 29, yang menetap di Lepar, dekat sini.

“Jika saya ada kelas, abang akan datang hantar komputer riba dan saya akan pulangkan selepas itu kerana dia juga ada kerja yang perlu dilaksanakan dengan peranti tersebut.

“Banyak juga kelas yang tertinggal, namun saya akan hubungi cikgu untuk meminta bahan bacaan atau mene-rangkan semula subjek yang saya kurang faham atau tidak jelas,” katanya yang menetap di Kampung Padang kepada Bernama semalam.

Akur dengan cabaran itu, Nur Maizatul yang bercita-cita ingin menjadi seorang akauntan atau peguam me-ngakui ada kalanya dia berasa hampir berputus asa untuk mengulang kaji pelajaran, namun motivasi dan sema-ngat yang diberikan ibu dan ahli keluarga termasuk guru-gurunya membuatkannya bangkit semula.

Nur Maizatul yang masih terkejut dengan kejayaannya itu memperoleh gred A bagi Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Geografi, Prinsip Perakaunan dan Perniagaan dan akan berbincang dengan gurunya untuk tindakan sete-rusnya berikutan keputusan D di dalam Bahasa Inggeris.

Sementara itu di PERLIS, Nur Anis Najihah Aziz 18 berkata, keputusan cemerlang (9A) yang diraihnya hasil daripada tunjuk ajar guru-guru yang tidak jemu walaupun secara dalam talian, selain nota belajar, soalan kuiz dan sedia menjawab masalah dalam mata pelajaran.

“Keputusan SPM ini memang bukan dalam jangkaan saya kerana peperiksaan ditangguh banyak kali disebabkan pandemik COVID-19. Saya bersyukur kerana ibu bapa sa-ngat membantu dalam pelajaran saya serta sangat memahami sekiranya saya perlu menghadiri sesi pembelajaran dalam talian,” katanya.

Anak bongsu daripada enam adik-beradik yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Lailatul Shahreen, Kangar berkata setakat ini beliau hanya mohon untuk Institut Pendidikan Guru (IPG) dan undang-undang adalah antara bidang yang akan dimohon selepas ini.

Sementara itu, bapa kepada Nur Anis Najihah iaitu Aziz Itam, 61, berkata beliau menyokong keputusan anaknya itu untuk memilih mana-mana bidang yang diminati untuk menyambung pelajaran.

“Pakcik gembira kerana apa yang dihajatinya tercapai walaupun belajar secara dalam talian tidak seperti biasa,” katanya.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )