SPR Boleh Manfaat AI Untuk Pengurusan Lebih Cekap dan Kos Efisien

SPR Boleh Manfaat AI Untuk Pengurusan Lebih Cekap dan Kos Efisien

KUALA LUMPUR, 19 April 2025 — Kerajaan digesa memperkukuh sistem pilihan raya negara melalui penerapan teknologi digital seperti AI dan sistem pintar bagi membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan proses secara lebih cekap dan menjimatkan.

Pathmanathan Muniandy dari Persatuan Internet Kebendaan Malaysia berkata teknologi moden bukan sahaja dapat mempercepatkan proses pengundian dan pengiraan undi, malah dapat mengekang manipulasi serta mengurangkan kos logistik.

“Penggunaan mesin undi automatik dan sistem daftar pemilih digital juga boleh menjimatkan kos PRK yang selama ini mencecah jutaan ringgit,” katanya.

Beliau turut mengesyorkan sistem biometrik dan pengecaman wajah diperkenalkan bagi memperkukuh ketepatan senarai pemilih.

Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan memerlukan kajian teliti melibatkan keselamatan sistem, kelengkapan infrastruktur dan penerimaan masyarakat umum terhadap teknologi tersebut.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )