SPRM Kedah reman penolong pegawai tadbir terlibat rasuah RM5,000

SPRM Kedah reman penolong pegawai tadbir terlibat rasuah RM5,000

ALOR SETAR,. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah telah menahan reman seorang penolong pegawai tadbir yang disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai RM5,000 dua tahun lepas.

Menurut sumber, lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 5.20 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini.

Perintah tahanan reman selama enam hari hingga 13 Jan depan terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif selepas membenarkan permohonan SPRM hari ini.

“Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai telah meminta dan menerima wang rasuah bernilai RM5,000 daripada sebuah syarikat pada 2022.

“Wang itu sebagai balasan bagi membatalkan kompaun yang telah dikeluarkan oleh sebuah agensi penguatkuasa terhadap syarikat berkenaan atas kesalahan ketiadaan Perakuan Pematuhan Standard (PPS) untuk bahan binaan,” katanya.

Pengarah SPRM Kedah Soock Wee Ei Tem ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)