SPRM mencari lelaki Belanda, Myanmar bantu siasatan

SEREMBAN,. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan sedang mengesan dua lelaki, masing-masing warganegara Belanda dan Myanmar bagi membantu siasatan kes rasuah berasingan.

Menurut kenyataan SPRM, individu pertama ialah Pieter Jan Eimers, 61 tahun, memegang pasport bernombor BA0223039 dengan alamat terakhir di No. 14, Preston Road, Singapura dan kali terakhir memasuki ke negara ini pada 3 Mei 2007.

Jelasnya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Mohamad Zabir Sharif di talian 013-216 8343/06-762 5446 atau emel kepada [email protected]

Bagi seorang lagi individu, Jaber Hamid Husson, 28 tahun, berasal dari Myanmar memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) bernombor 354-002878 dengan alamat terakhir di No.50, Lorong 7, Taman Jujur, Sikamat, Seremban.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Mohamad Shamin AizatAzmi di talian 017-9541048/06-762 5446 atau emel kepada [email protected],” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )