SPRM siasat isu suami menteri terima kontrak

SPRM siasat isu suami menteri terima kontrak

KUALA LUMPUR,. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu penerimaan kontrak melibatkan suami kepada seorang menteri.

Sumber SPRM memaklumkan demikian susulan pihaknya menerima beberapa aduan baharu berhubung kes suami seorang menteri yang dilantik untuk memberi bukti konsep satu projek pengangkutan oleh Kerajaan Selangor.

“Aduan dan maklumat itu memberikan beberapa petunjuk baru untuk diteliti, justeru siasatan lanjut sedang dijalankan untuk melihat kesahihan maklumat atau petunjuk baru tersebut.

“Siasatan secara menyeluruh dijalankan termasuk melihat kepada isu salah guna kuasa dan tatakelola dalam pematuhan arahan perbendaharaan dalam proses pelantikan syarikat berkenaan oleh kerajaan Selangor,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan beberapa aduan dan maklumat telah diterima berkenaan kes berkenaan.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak membuat spekulasi serta membincangkan isu ini secara terbuka, sebaliknya memberi ruang untuk SPRM menjalankan siasatan,” kata beliau.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki sebelum ini dilapor berkata SPRM tidak menemui sebarang kesalahan dalam siasatan interim (awal) berhubung isu terbabit, bagaimanapun siasatan lanjut boleh dijalankan jika terdapat petunjuk baharu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)