SPRM tahan 10 individu termasuk lapan penguat kuasa JPJ di Kedah

SPRM tahan 10 individu termasuk lapan penguat kuasa JPJ di Kedah

ALOR SETAR,. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan 10 individu termasuk lapan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan pengusaha dan pekerja syarikat pengangkutan.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata semua suspek yang berusia antara 29 hingga 63 tahun termasuk seorang wanita, ditahan di sekitar Alor Setar dan Kulim, antara 8.25 pagi hingga 7.45 malam, kelmarin.

Beliau berkata selain lapan penguat kuasa berkenaan, dua yang ditahan adalah seorang pesara serta seorang orang awam.

Shaharom Nizam berkata mereka disyaki menerima dan memberi suapan daripada pengusaha dan pekerja syarikat pengangkutan sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas lori milik syarikat berkenaan yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Operasi ini adalah hasil kerjasama dengan JPJ negeri Kedah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a) dan 16(a)(B) Akta SPRM 2009, kata beliau dan menambah kenyataan penuh berhubung operasi akan dibuat SPRM Putrajaya dalam masa terdekat.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)