Stacy hamil tujuh bulan

Stacy hamil tujuh bulan

KUALA LUMPUR: Stacy atau nama sebenarnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam, penyanyi kelahiran Sabah, berkongsi berita gembira bahawa dia kini hamil.

Menurut Stacy, kandungannya kini mencecah tujuh bulan dan dijangka bersalin Ogos depan.

Ini menjawab pertanyaan peminat yang melihat perubahan pada tubuhnya terutama ketika dia dan keluarga bercuti di Sabah baru-baru ini.

“Ya, saya hamil… Sudah tujuh bulan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan.

“Ada video baharu dimuat naik ketika bercuti di Sabah bersama suami dan dua anak. Dalam rakaman itu, saya dilihat cuba ‘menutup’ perut yang membesar.

“Namun, akhirnya saya tidak boleh lagi menutup perut saya itu. Ia sudah membonjol ke hadapan,” katanya.

Tambah Stacy, dia tidak akan merahsiakan kehamilannya jika ada yang bertanyakan perkara itu.

“Keluarga juga ada bertanya kepada saya sama ada saya hamil atau tidak.

“Kini tinggal dua bulan lagi untuk bersalin. Diharap dipermudahkan segala urusan,” katanya lagi.

Bayi yang baru dilahirkan itu bakal menjadi anak ketiga kepada pasangan Akim dan Stacy yang bernikah pada 5 Februari 2016 lalu.

Stacy mempunyai seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, dan seorang anak perempuan, Eshaal Afiq Hakim, hasil perkahwinannya dengan Akim.

-Faizal
hipz.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)