Sultan Ibrahim perkenan bubar Dewan Negeri Johor

Sultan Ibrahim perkenan bubar Dewan Negeri Johor

KUALA LUMPUR –Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Dalam satu kenyataan di Facebook Sultan Johor, Baginda Tuanku Sultan berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Dato’ Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari ini (22 Januari).

Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Pada pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan, Dato’ Hasni turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Johor.

Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim yang Ke-14 termansuh pada 22 Januari 2022.

 

Sumber gambar — Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

 

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)