Sultan Kelantan Tegas Mahu Cadangan Tembok Sempadan Dimuktamadkan Segera

Sultan Kelantan Tegas Mahu Cadangan Tembok Sempadan Dimuktamadkan Segera

KOTA BHARU, 22 April 2025 – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, menitahkan supaya cadangan pembinaan tembok keselamatan di sepanjang Sungai Golok diselesaikan segera tanpa berlengah demi menjamin keselamatan sempadan negara.

Baginda turut menzahirkan harapan agar projek lembangan Sungai Kelantan dan Sungai Golok dipercepatkan pelaksanaannya dalam semua fasa sebagai langkah tuntas menangani isu banjir yang saban tahun menjejaskan rakyat.

Titah baginda lagi, pembinaan Empangan Lebir harus menjadi keutamaan dalam pelan pengurusan banjir jangka panjang.

Dalam sektor pertanian, baginda mahu agensi kerajaan terus fokus kepada menjamin sekuriti makanan dan menjadikan tanaman bernilai seperti kelapa dan durian sebagai teras ekonomi luar bandar.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )