Sungai Suai di MIRI Lubuk ‘Sepit biru’ di sarawak

Sungai Suai di MIRI Lubuk ‘Sepit biru’ di sarawak

MIRI : Sungai Suai dan Sungai Tibus di Niah mungkin tidak ‘sepopular’ sungai lain di Sarawak, namun ia yang terletak di Kawasan MIRI , di sini cukup dikenali dalam kalangan si pemburu ‘sepit biru’ dari segenap pelusuk negeri ini.

Ia cukup terkenal sebagai syurga udang galah dalam kalangan kaki pancing, lebih-lebih lagi saiznya lebih besar berbanding udang galah dari sungai lain di Bumi Kenyalang, menyebabkannya sering menjadi buruan.

Malah, bukan suatu pemandangan pelik melihat deretan kaki pancing berbaris panjang di tebing sungai itu bagi memburu ‘raja udang’ berkenaan apabila tiba musimnya, sekali gus membantu memperkenalkan pekan ini.

Tr Lawrence Bana & Keluarga , berkata beliau sering pancing udang menggunakan perahu panjang milik sendiri di Sg. Suai Niah.

“Di Sg. Suai Niah, saiz udang galah lebih besar, dengan isinya lebih manis dan kenyal. Justeru, tidak menghairankan apabila ia mendapat jolokan ‘Raja Udang’. “Biasanya, kunjungan ke Sg. Suai Niah tidak menghampakan. Tidak pernah saya pulang ‘tangan kosong’, dengan purata hasil tangkapan diraih setiap kali memancing di sini mencecah antara empat hingga enam kilogram,” ada juga mendapat ikan Boong katanya.

“Tidak hairanlah hasil tangkapan yang banyak ini menimbulkan rasa ‘ketagih’ memancing di sini. Malah, ada kaki pancing turut menaiki sampan dan menggunakan jalan bagi menangkap ‘Raja Udang’,” katanya.

Manakala di Kawasan Sungai Tibus Suai, Niah . Pemancing Nyawai Lyana dari Suai berkata ,beliau isi masa lapang hujung minggu mancing bersama family. hasil pancing hampir 4kg cukup lauk sekali utk family. Beliau sentiasa ke sungai utk aktiviti pancing udang dan ikan.

selalunya aktiviti ini dari awal pagi hingga petang sekitar jam 5pm. Sungai Suai juga sentiasa mendapat tempat di kalangan kaki pancing udang. Saiz udang di sini agak besar dan isi nya ada kurang liat yang beza rasa dgn udang Sg. niah.Harga per/kg udang Suai agak murah sikit dari udang Niah

Sungai Suai menawarkan suasana memancing mengasyikkan, namun perlu sentiasa berhati-hati dengan kemunculan ‘Raja Sungai’ yang sentiasa keluar memburu mangsanya. “Kaki pancing memang sedia maklum pantang larang di sungai. Biasanya, jika ada banyak udang galah, terutama di kawasan lubuk, sudah pasti ada sang bedal. Jadi, perlu sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsanya,” katanya.

Sebagai langkah persediaan ujarnya, pemancing perlu mendapat sedikit tips bagi mengelak sebarang masalah. “Udang makhluk sungai yang agak sensitif. Justeru, dalam sebuah perahu tidak boleh terlalu ramai. Paling sesuai dua orang sahaja. “Biasanya, cacing, jantung ayam dan anak udang kecil boleh menjadi umpan yang paling baik.

“Dalam pada itu, jangan menyentap tali kail jika udang menariknya ke dalam lubuk berkayu. Ini kerana udang biasanya akan keluar sendiri dari celah kayu itu. Waktu itu, barulah boleh ditarik,” katanya.

Pengunjung yang menyusuri Sungai di Kawasan Niah akan melihat pemandangan menarik dan keindahan pelbagai jenis tumbuhan di sepanjang pesisiran sungai tersebut. Sungai itu juga menyimpan pelbagai khazanah kerana pemancing berpeluang menaikkan bermacam-macam jenis ikan air tawar.

-DG /Adum

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )