Suspek kes bunuh di kilang papan Perancis serah diri

Suspek kes bunuh di kilang papan Perancis serah diri

SAUMANE: Seorang lelaki disyaki menembak mati majikannya dan seorang rakan sekerja di sebuah kilang papan di selatan Perancis menyerah diri kelmarin selepas pemburuan besar-besaran selama tiga hari di kawasan hutan pergunu-ngan Cevennes.

“Lelaki yang diburu sejak Selasa sudah menye-rah dirinya sendiri,” ciap Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin di Twitter.

Memakai pakaian pe-nyamaran, Valentin Marcone yang berusia 29 tahun menyerah diri tanpa sebarang insiden selepas dikepung di dalam sebuah gereja di pekan Saint-Marcel de Fontfouillouse, kira-kira 60 kilometer di utara bandar Montpellier, menurut sumber yang terlibat dalam kes dan meminta namanya dirahsiakan.

Lebih 350 anggota polis dibantu oleh beberapa heli-kopter, dron dan anjing menyertai pemburuan untuk Marcone yang bermula pada Selasa lepas. Dia dikatakan menembak majikannya selepas ditegur kerana tidak mengucapkan ‘hello’ semasa tiba di tempat kerja di sebuah kilang papan di kampung Les Plantiers.

Dikejutkan oleh serangan, seorang lagi rakan sekerja cuba untuk campur tangan, namun suspek turut menembaknya beberapa kali di bahagian kepala, seorang saksi memberitahu penyiasat.

Penyiasat berkata lelaki itu baru-baru ini bergaduh dengan majikannya mengenai masa kerjanya.

Kawasan hutan Cevennes, sebuah pangkalan bagi French Protestantism, merupakan salah satu wilayah paling terpencil di Perancis. Beberapa anggota kumpulan penentang, French Resistance, bersembunyi di dalam gua dan hutan di kawasan tersebut ketika Perang Dunia Kedua.

— AFP

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)