Syarikat Korea Selatan saman American Tobacco

Syarikat Korea Selatan saman American Tobacco

SEOUL,. Vitabon Co, sebuah firma Korea Selatan berkata syarikatnya telah mengemukakan saman pelanggaran cap dagangan terhadap gergasi tembakau British, American Tobacco (BAT), lapor agensi berita Yonhap memetik seorang pegawai Vitabon.

Vitabon mendakwa produkya Sense, peranti aromaterapi bebas nikotin dan e-rokok keluaran BAT, glo sens telah mengelirukan pengguna kerana mempunyai nama yang serupa.

Syarikat itu berkata pihaknya telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Daerah Seoul, menuntut ganti rugi 110 juta won (US$93,000) dan larangan pembuatan serta jualan glo sens di Korea Selatan.

“Walaupun Vitabon Sense adalah produk yang direka untuk membantu pelanggan berhenti merokok manakala glo sens produk e-rokok, tetapi kaedah penggunaannya adalah sama,” kata seorang pegawai Vitabon.

Sementara itu, BAT Korea berkata pihaknya merancang untuk memfailkan saman balas terhadap Vitabon sambil mengatakan nama kedua-dua produk itu tidak mengelirukan pengguna sama sekali.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )