Tak perlu tunggu “Perjanjian Abad Ini” yang dipelopori AS – PM Palestin

Tak perlu tunggu “Perjanjian Abad Ini” yang dipelopori AS – PM Palestin

RAMALLAH,. Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh pada Ahad berkata negara itu menolak pelan damai yang dipelopori Amerika Syarikat (AS), atau lebih dikenali sebagai “Perjanjian Abad Ini,” lapor agensi berita China Xinhua.

Pelan itu adalah satu “projek AS yang kita tolak,” kata perdana menteri itu dalam satu majlis sambutan hari guru peringkat kebangsaan di bandar Ramallah, Tebing Barat.

“Kita tidak akan menunggu perjanjian itu, ia bakal terkubur sebaik sahaja dilahirkan jika diumumkan,” katanya.

“Washington tidak menemui rakan kongsi untuk pelan ini di Eropah, dunia Arab atau dalam kalangan rakyat Palestin,” kata beliau.

Pelan itu mempunyai dua bahagian iaitu ekonomi dan politik.

Pada 22 Jun 2019, pentadbiran Presiden Donald Trump mengeluarkan bahagian ekonomi yang bertajuk “Keamanan untuk Kemakmuran” manakala bahagian politik belum dikeluarkan.

Hubungan politik antara Palestin dan AS telah terjejas selepas Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada Disember 2017.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )