Tambah kaunter Imigresen di Lapangan Terbang menampung aliran penumpang besar -Menteri Motac

Tambah kaunter Imigresen di Lapangan Terbang menampung aliran penumpang besar -Menteri Motac

KUALA LUMPUR — Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Tiong King Sing meminta pertimbangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuka kesemua 40 kaunter tersebut bagi memendekkan masa proses pemeriksaan imigresen untuk jumlah penumpang yang ramai dan penerbangan yang besar.

Dalam satu kenyataan media, beliau berkata pada masa ini terdapat 40 kaunter, tetapi hanya 20 kaunter sahaja yang dibuka.

“Justeru itu, saya berpendapat bahawa bilangan laluan pemeriksaan imigresen di lapangan terbang antarabangsa ditambah kepada enam berbanding empat ketika ini.

“Saya telah mengemukakan cadangan ini kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk dipertimbangkan demi menampung aliran penumpang yang besar, termasuk di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

“Bilangan penumpang bagi perkhidmatan penerbangan melibatkan pelancong antarabangsa kian meningkat ekoran pembukaan semula pintu sempadan di seluruh dunia.” kata Tiong.

Tambah Tiong, berdasarkan tinjauan yang dilakukan baru-baru ini, empat saluran sedia ada tidak mencukupi untuk melengkapkan prosedur pelepasan imigresen dengan kecekapan yang tinggi dan masa yang singkat.

“Terdapat juga beberapa aduan daripada penumpang berhubung proses pelepasan imigresen yang mengambil masa lebih satu jam untuk diselesaikan.

“Kecekapan dan kelancaran semasa proses pemeriksaan imigresen merupakan satu perkara yang amat penting.

“Salah satu sebab timbulnya isu ini adalah kerana sistem yang sedia ada tidak dikemaskini mengikut masa yang ditetapkan dan juga ‘outdated’ (ketinggalan zaman).”

Dalam masa sama, saya juga menyeru kepada jabatan dan agensi yang berkaitan untuk bersama-sama mencari penyelesaian penambahbaikan dan berusaha untuk memendekkan masa ketika proses pemeriksaan ini.

Kita harus sedar, sektor pelancongan merupakan kunci kepada pemulihan ekonomi negara, dan lapangan terbang merupakan lokasi ‘first impression’ yang akan dilalui oleh para pelancong apabila mereka tiba di negara ini, kata Tiong.

Selain itu, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood turut bersetuju untuk menambah tiga bahasa lain pada sistem digital di lapangan terbang iaitu bahasa Cina, Melayu dan Inggeris.

Datuk Iskandar Mizal Mahmood turut menyatakan bahawa beliau akan mempertimbang dan memperhalusi untuk menambah terjemahan bahasa Arab dalam masa terdekat bagi memastikan maklumat yang ingin disampaikan itu lebih tepat dan difahami pelancong asing.

 

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )