Tanah runtuh di laluan Genting-Amber Court

Tanah runtuh di laluan Genting-Amber Court

KUANTAN,. Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Genting-Amber Court di Genting Highlands dekat sini, kira-kira 5.40 petang tadi, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohammad.

Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini tiada kemalangan atau kematian dilaporkan dalam kejadian yang berlaku berhampiran dengan ruang pameran sebuah syarikat hartanah di situ.

“Tanah runtuh itu telah menyebabkan laluan ke sebuah apartmen di situ secara keseluruhannya ditutupi tanah dan buat masa ini, kerja pembersihan sedang dilakukan.

“Bagaimanapun, laluan yang terlibat bukan laluan utama ke pusat pelancongan tanah tinggi itu, sebaliknya jalan untuk ke kawasan lain di Genting Highlands,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Nor Hisham berkata selain pihak bomba, operasi pembersihan juga dibantu kontraktor yang melakukan kerja pembinaan di tanah tinggi tersebut.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )