Tangkapan Terbesar Operasi Bersepadu Imigresen Tahun 2021

ISNIN ,21 JUN  (AsianewsToday)  –  Awal pagi ini Jabatan Imigresen Malaysia dibantu oleh beberapa agensi lain seperti Pasukan Gerak Am (PGA), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dengan kekuatan seramai 189 anggota dan pegawai telah membuat serbuan ke sebuah tapak pembinaan yang menempatkan pekerja asing di Mukim Dengkil.

Operasi yang bermula jam 12.30 pagi itu berakhir sejam kemudian telah Berjaya menahann 715 pekerja asing warga asing untuk saringan dan pemeriksaan dokumen serta permit kerja yang terdiri dari pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar, India dan Vietnam yang terdiri dari lelaki dan perempuan. Dari jumlah ini seramai 406 orang dibebaskan setelah pihak Imigresen berpuas hati dengan dokumen yang diperiksa mereka ini mempunyai permit kerja yang sah.

Manakala 309 orang pekerja asing ditahan atas pelbagai kesalahan yang melibatkan tiada dokumen permit kerja yang sah, dokumen permit tamat tempoh dan dokumen permit kerja palsu. Mereka ini terdiri dari 193 orang warga Indonesia, 102 warga Bangladesh, 8 warga Myanmar, 2 warga India dan 4 warga Vietnam. Manakala seramai 10 pekerja berbangsa Rohingya yang memegang kad UNHCR juga diperiksa dan didapati 2 orang memiliki kad disyaki palsu dan telah ditahan sama.

Kesemua 280 orang lelaki dan 29 wanita yang ditahan di bawah kesalahan Seksyen 6(1)(c); Seksyen 15(1)(c), Tinggal Lebih Masa Dengan PLD dan bekerja; Per 39(b) di bawa ke Depoh Tahanan PATI Semenyih untuk tindakan selanjutnya.

Hasil tinjuan juga mendapati keadaan rumah kediaman yang daif , sesak dan kotor serta tidak mempunyai sistem saliran kumbahan yang teratur. Para penghuni jugak di dapati bebas untuk makan beramai ramai di kedai makan yang terdapat di penempatan tersebut yang melanggar S.O.P  melarang untuk makan di kedai (Dine-In).

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Indera Khairul D’zaimee bin Daud yang turut sama menyertai operasi serbuan pagi ini dipetik serbuan kali ini ia merupakan jumlah tangkapan tertinggi sepanjang 4 edisi Ops Bersepadu Imigresen yang telah dijalankan sebelum ini sepanjang 2021.

Disamping itu juga pihak Jabatan Imigresen Malaysia sudah melaksanakan lebih 80 serbuan di seluruh negara sejak pelaksanaan PKP 3.0 sejak 1 Jun hingga 15 Jun yang dilaksanakan hasil risikan Jabatan Imigresen Malaysia dan juga dari maklumat orang ramai.

– Joy Reyzal

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)