
Taufan Mawar menuju ke pulau Guam di Pasifik
LOS ANGELES: Taufan Mawar menuju ke pulau Guam di Pasifik dengan membawa angin yang sangat kuat dan mungkin akan sampai di pulau itu pada Rabu (hari ini), menurut peramal cuaca.
Sehingga jam 9 pagi waktu tempatan kelmarin, ribut itu hanya di bawah 500 kilometer (300 batu) dari Hagatna, ibu negeri bagi pulau yang mempunyai 170,000 penduduk, menurut US Joint Typhoon Warning Center.
“Penurunan hujan lebat kemungkinan akan berlaku malam ini sehingga beberapa hari akan datang. Jumlah hujan yang turun 8 hingga 15 inci adalah mungkin dengan jumlah yang lebih tinggi di peringkat tempatan. Satu kelajuan yang perlahan ke depan akan membawa kepada jumlah penurunan hujan yang lebih tinggi,” menurut Pusat Maklumat Bersepadu di Guam.
“Mawar merupakan satu ancaman sebenar dan kemungkinan serangan secara langsung terhadap pulau kita,” kata gabenor Guam Lou Leon Guerrero.
“Sudah agak lama sejak kami mengalami ribut dengan magnitud sebegini dan ia menakutkan. Saya meminta anda untuk kekal tenang. Sentiasa peka bagi sebarang maklumat. Dan yang paling penting sentiasa bersiap siaga,” katanya.
— Agensi